ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VII
BAB XXVII
Perkara Am



Seksyen 217. Kuasa Mahkamah memanggil dan memeriksa seseorang.

Mana-mana Mahkamah boleh di mana-mana peringkat perbicaraan atau prosiding lain di bawah Kanun ini memanggil seseorang sebagai saksi atau memeriksa seseorang yang hadir sungguhpun dia tidak dipanggil sebagai saksi atau memanggil semula dan memeriksa semula seseorang yang telah diperiksa dan Mahkamah hendaklah memanggil dan memeriksa atau memanggil semula dan memeriksa semula mana-mana saksi jika keterangannya didapati perlu demi keadilan untuk keputusan kes itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.