ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN III - HARTABENDA-HARTABENDA AMANAH DAN KEWANGAN MAJLIS
KEWANGAN



Seksyen 72. Penyata tahunan.

(1) Majlis hendaklah menyebabkan disimpan akaun Kumpulan Pentadbiran Am dan Kumpulan Wang Zakat dan Fitrah yang lengkap dan betul dan hendaklah mengeluar dan mewartakan dalam Warta dengan seberapa segera selepas 31hb. Disember pada setiap tahun, suatu laporan mengenai pentadbiran dan kegiatan Majlis dalam tahun yang dahulunya berserta dengan kunci kira-kira bagi Kumpulan Wang Pentadbiran Am dan Kumpulan Wang Zakat dan Fitrah setakat 31hb. Disember, akaun pendapatan dan perbelanjaan bagi kumpulan wang itu untuk tahun itu dan suatu senarai harta-harta dan pelaburan daripada wang tersebut dengan menunjukkan harga kosnya, jika dibeli, dan anggaran nilainya setakat 31hb. Disember.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.