ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XIX
Prosiding Mengenai Beberapa Kesalahan Berkenaan Pentadbiran Keadilan.



Seksyen 176. Keengganan memberi keterangan.

Jika mana-mana saksi di hadapan Mahkamah Syariah enggan memberi keterangan atau menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya atau enggan menunjukkan mana-mana dokumen di dalam milik atau kuasanya yang ia telah diminta oleh Mahkamah menunjukkannya dan tidak memberi alasan yang munasabah bagi keengganannya Mahkamah itu boleh atas sebab yang dicatat dengan bertulis menghukumnya dengan hukum penjara tidak lebih daripada tujuh hari melainkan jika dalam masa itu ia bersetuju memberi keterangan atau disoal dan menjawab soalan itu atau menunjukkan dokumen itu. Jika ia terus enggan ia boleh diuruskan mengikut seksyen 172 atau seksyen 174 dengan tidak menghiraukan apa-apa hukuman yang mungkin dikenakan di bawah seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.