ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN VI - KEWANGAN
Wakaf, Nazr dan Amanah
Seksyen 78. Majlis menjadi pemegang amanah tunggal wakaf, nazr dan amanah.
Walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana surat cara atau perisytiharan yang mewujudkan, mengawal atau menyentuh perkara itu, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah yang tunggal
--
(a)
semua wakaf, sama ada wakaf am atau wakaf khas;
(b)
semua nazr 'am; dan
(c)
segala jenis amanah yang mewujudkan apa-apa manah khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak, setakat mana-mana harta yang tersentuh oleh wakaf, nazr 'am atau amanah itu dan terletak di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.