ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDUAAN
BAB VIII - DARIHAL ADUAN KEPADA QADHI



Seksyen 75. Penangguhan pengeluaran proses Mahkamah.


Jika Qadhi ada was-was yang munasabah di atas kebenaran sesuatu aduan mengenai suatu kesalahan yang dia berkuasa mengambil ketahui, dia boleh, apabila pengadu itu telah diperiksa, merekodkan sebabnya yang menimbulkan was-was di atas kebenaran aduan itu dan kemudiannya boleh menangguhkan pengeluaran proses Mahkamah bagi memaksa kehadiran orang yang diadukan itu dan sama ada menyiasat hal itu sendiri atau mengarahkan seseorang Penyelia Ugama membuat siasat-siasatan bagi maksud menentukan kebenaran atau kepalsuan aduan itu dan melaporkan kepadanya hasil siasatan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.