ORDINAN 4 TAHUN 1991
ORDINAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENDAKWAAN DAN PERWAKILAN



Seksyen 22. Perlantikan Pendakwa-Pendakwa Syarie dan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Agama.

(1) Yang di-Pertua Negeri boleh, atas nasihat Majlis, melantik seseorang, yang berkelayakan menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, menjadi Ketua Pendakwa Syarie.

(2) Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya bagi memulakan dan menjalankan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di hadapan Mahkamah Syariah.

(3) Ketua Pendakwa Syarie bolehlah melantik orang yang layak dan sesuai dari kalangan anggota-anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Syariah menjadi Pendakwa-Pendakwa Syarie yang hendaklah bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pendakwa Syarie dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang terletakhak pada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie sendiri.

(4) Pengarah Jabatan Agama Islam bolehlah melantik dari kalangan anggota-anggota Perkhidmatan Awam Negeri seorang Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Agama untuk menjalankan penyiasatan ke atas kesalahan-kesalahan di bawah Ordinan ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap Hukum Syarak.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.