ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN VII - PEMUNGUTAN DAN KEDAPATAN BALIK ZAKAT



Seksyen 52. Pemotongan zakat daripada emolumen dan pencen.

(1) Jika apa-apa pendapatan berkenaan dengan laba zakat atau keuntungan daripada pekerjaan atau berkenaan dengan apa-apa pencen, anuiti atau bayaran berkala yang tergolong di bawah seksyen 18 adalah kena dibayar kepada individu Islam, maka, jika Setiausaha mengarahkan sedemikian, orang yang olehnya pendapatan itu adalah kena dibayar hendaklah membuat potongan daripada pendapatan itu untuk zakat yang kena dibayar atau mungkin kena dibayar oleh individu itu bagi mana-mana tahun taksiran.

(2) Tertakluk kepada subseksyen (1) dan mana-mana kaedah yang dibuat di bawah seksyen 83, potongan di bawah seksyen ini untuk zakat hendaklah dibuat pada bila-bila masa dan mengikut sebanyak sebagaimana yang diarahkan oleh Setiausaha sama ada atau tidak zakat itu telah ditaksirkan.

(3) Berhubung dengan apa-apa kes, tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menegah pemungutan apa-apa zakat (iaitu bukannya zakat yang dipotong mengikut seksyen ini) mengikut seksyen 49 atau pembayaran zakat itu sedang dikuatkuasakan mengikut seksyen 51:

Dengan syarat bahawa dalam mana-mana hal seperti itu bagi maksud seksyen 49 Setiausaha boleh menetapkan tempohnya zakat adalah kena dibayar.

(4) Seseorang majikan yang tidak mematuhi seksyen 32 atau seksyen ini berkenaan dengan seseorang pekerjanya adalah bertanggungan, dalam hal kegagalan untuk mematuhi seksyen 32, untuk membayar amaun zakat sepenuhnya yang oleh sebab kegagalannya tidak dapat didapatkan kembali daripada majikan dan, dalam kegagalan untuk mematuhi seksyen ini, membayar amaun zakat yang dia telah gagal buat potongan:

Dengan syarat bahawa-

(5) Jika seseorang yang olehnya apa-apa pendapatan dari jenis yang disebutkan dalam seksyen 18 adalah kena dibayar tidak mematuhi seksyen ini berkenaan dengan penerima pendapatan itu, orang itu adalah kena membayar amaun zakat yang dia telah gagal membuat potongan:

Dengan syarat bahawa-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.