ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXIII - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 186. Bila waran tangkap boleh dikeluarkan terhadap orang yang dijamin.

Jika, oleh kerana kesilapan, fraud atau selainnya, penjamin-penjamin yang tidak mencukupi telah diterima, atau jika penjamin-penjamin itu kemudiannya menjadi tidak mencukupi, Mahkamah yang membenarkan dia diikat jamin itu boleh mengeluarkan suatu waran tangkap mengarahkan supaya orang yang dilepaskan atas jaminan itu dibawa ke hadapan Mahkamah, dan boleh mengarahkan dia mencari penjamin yang mencukupi, dan sekiranya dia gagal berbuat demikian boleh menahannya di penjara.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.