ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
Bab XI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI DENGAN PENYIASATAN DAN PEMBICARAAN



Seksyen 109. Prosedur bila yang dituduh tiada faham prosiding.

Jika orang yang dituduh tidak faham prosiding itu, sungguhpun dia tidak gila, maka Mahkamah bolehlah meneruskan pembicaraan itu dan, jika pembicaraan itu berakhir dengan suatu sabitan, maka prosiding itu hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah Rayuan dengan suatu laporan berkenaan dengan keadaan-keadaan kes itu, dan Mahkamah Rayuan itu hendaklah mencatatkan di dalamnya perintah itu atau menjatuhkan hukuman sebagaimana yang difikirkan patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.