ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB XIV - HUKUMAN DAN MENJALANKANNYA



Seksyen 123C. Melaksanakan hukuman sebat.

(1) Apabila orang yang dituduh itu dihukum sebat dan penjara pelaksanaan hukuman sebat itu tidak boleh dijalankan jika ada rayuan dibuat sehingga hukuman itu disahkan oleh Mahkamah Rayuan Syariah.

(2) Sebat itu hendaklah dikenakan dengan seberapa segera yang boleh selepas habis empat belas hari, atau bagi kes rayuan dengan seberapa segera yang boleh selepas penerimaan perintah Mahkamah Rayuan Syariah yang mengesahkan hukuman itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.