ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN V - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 50. Kuasa Mahkamah memerintahkan cagaran diberi bagi nafkah.


Mahkamah boleh, menurut budibicaranya, apabila menentukan nafkah, memerintahkan orang yang bertanggungan membayar nafkah itu supaya memberi cagaran bagi kesemua apa-apa bahagiannya dengan meletak hak apa-apa harta pada pemegang-pemegang amanah dengan amanah supaya membayar nafkah itu atau sebahagiannya daripada pendapatan harta itu dan tertakluk kepada itu, sebagai amanah bagi orang yang mengamanahkan harta itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.