ENAKMEN 9 TAHUN 1980
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1979

BAHAGIAN V - PELBAGAI



Sekyen 28. Pemansuhan.

(1) Enakmen yang tersebut dalam Jadual Ketiga hendaklah dengan ini dimansuhkan setakat mana yang dinyatakan dalam ruangan ketiga Jadual tersebut.

Dengan syarat bahawa segala langkah perbicaraan yang telah dimulakan di bawah Enakmen yang dengan ini dimansuhkan itu hendaklah masih lagi berterusan seolah-olah Enakmen ini tidak diluluskan.

(2) Pemansuhan itu tidak menyentuh perjalanan kuatkuasa kebelakangan Enakmen yang dimansuhkan itu atau apa-apa jua yang telah dilakukan atau ditanggung dengan sewajarnya di bawahnya atau apa-apa hak, keistimewaan, kewajipan atau tanggungan yang diperolehi, terkumpul atau ditanggung di bawahnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.