ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
PERMULAAN KEPADA PERKAHWINAN
Seksyen 19. Kebenaran perlu sebelum akadnikah.
Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan melainkan suatu kebenaran bertulis berkahwin telah diberi-
(a) oleh Pendaftar di bawah seksyen 17 atau oleh Hakim Syarie di bawah seksyen 18 jika perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang bermastautin dalam Sabah; atau
(b) oleh pihak berkuasa bagi sesuatu Negeri, jika perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang bermastautin di Negeri itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.