ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV - SAMAN
Waran Tangkap



Seksyen 32. Mahkamah boleh arahkan catatan di atas waran jaminan yang akan diambil.

(1) Mana-mana Mahkamah yang mengeluarkan waran untuk menangkap sesiapa sahaja boleh, dengan budibicaranya, mengarahkan dengan catatan di atas waran itu bahawa jika orang tersebut melaksanakan satu bon dengan penjamin yang cukup untuk kehadirannya di hadapan Mahkamah pada masa yang ditetapkan dan sehingga diarahkan sebaliknya oleh Mahkamah, pegawai yang kepadanya waran itu diarahkan hendaklah mengambil jaminan tersebut dan hendaklah membebaskan orang tersebut dari tahanan.

(2) Catatan itu hendaklah menyebutkan -

(3) Apabila jaminan diambil di bawah seksyen ini, pegawai yang kepadanya waran itu diarahkan hendaklah mengemukakan bon itu kepada Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.