BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN BAB XXII - PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN KETERANGAN
(2) Jika pegawai penguasa penjara menyatakan di dalam mana-mana sijil yang ditandatangani olehnya bahawa cap jari yang terdapat di atas sijil itu adalah cap jari orang yang disebut di dalam sijil itu, sijil itu hendaklah menjadi keterangan hal yang tersebut.
(3) Setiap Mahkamah hendaklah menganggap sebagai sahih setiap dokumen yang berupa perakuan sabitan dan yang berupa telah ditandatangani oleh pegawai penguasa mana-mana penjara di dalam Malaysia, dan hendaklah juga menganggap bahawa pegawai yang dikatakan telah menandatangani dokumen itu ketika berbuat demikian ialah pegawai penguasa penjara yang disebut di dalam dokumen tersebut.