ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA



Seksyen 28. Perlantikan Mufti.


(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Ketua Menteri, melantik seorang yang layak dan sesuai untuk menjadi Mufti.

(2) Apabila berkuatkuasa seksyen ini, orang yang menjadi Mufti bagi Melaka sebelum sahaja berkuatkuasa seksyen ini, hendaklah dianggap sebagai telah dilantik di bawah seksyen ini sebagai Mufti bagi Negeri dan hendaklah terus memegang jawatan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.