ENAKMEN 4 TAHUN 2006
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 2006

BAHAGIAN II-MAJLIS



Seksyen 18. Mempengerusikan mesyuarat

(1) Pengerusi atau dalam masa ketakhadirannya Timbalan Pengerusi, hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Majlis.

(2) Jika Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir dalam sesuatu mesyuarat, anggota-anggota yang hadir hendaklah memilih seorang daripada kalangan mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.