ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993
BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR
DOKUMEN AWAM
Seksyen 61. Membuktikan dokumen rasmi tertentu.
(1) Dokumen awam yang berikut bolehlah dibuktikan seperti berikut:
(
a
) tindakan, perintah atau pemberitahuan Kerajaan Malaysia atau mana-mana Kerajaan Negeri dalam Malaysia dalam mana-mana jabatannya -
(i) dengan rekod jabatan itu yang diperakui oleh ketua bagi jabatan masing-masing; atau
(ii) oleh seseorang Menteri sekiranya bagi Kerajaan Malaysia dan Menteri Besar, Ketua Menteri atau Menteri Kerajaan Negeri (jika ada) atau Setiausaha Kerajaan Negeri sekiranya bagi Kerajaan Negeri; atau
(iii) dengan apa-apa dokumen yang berupa sebagai dicetak dengan kuasa Kerajaan yang berkenaan itu.
(
b
) Prosiding Parlimen, atau badan perundangan mana-mana Negeri -
dengan minit mesyuarat badan itu atau dengan Akta Parlimen, Ordinan, Enakmen atau ringkasan-ringkasan yang diterbitkan, atau dengan salinan yang berupa sebagai dicetak dengan kuasa Kerajaan yang berkenaan;
(
c
) Prosiding sesuatu majlis perbandaran, lembaga bandaran atau lain-lain pihak berkuasa tempatan dalam Malaysia -
dengan suatu salinan prosiding itu yang diperakui oleh penyimpannya yang sah disisi undang-undang, atau dengan sesuatu buku bercetak yang berupa sebagai diterbitkan dengan kuasa badan itu;
(
d
) tindakan Eksekutif atau prosiding badan perundangan sesebuah negara asing -
dengan
Warta
yang disiarkan dengan kuasanya atau yang biasanya diterima dalam negara itu demikian dengan suatu salinan yang diperakui di bawah meterai negara itu atau pemerintah atau dengan sesuatu pengiktirafannya dalam sesuatu Akta atau Ordinan Malaysia;
(
e
) dokumen awam daripada apa-apa jenis lain di dalam sesebuah negara asing -
dengan dokumen asalnya atau dengan suatu salinan yang diperakui oleh penyimpannya yang sah di sisi undang-undang, berserta dengan suatu perakuan yang dimeterai dengan meterai seorang notari awam atau seseorang pegawai konsul Malaysia bahawa salinan itu adalah diperakui dengan sempurnanya oleh pegawai yang ada naskhah asalnya itu di bawah jagaannya yang sah di sisi undang-undang dan apabila jenis dokumen itu dibuktikan mengikut undang-undang negara asing.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.