ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN VI - ORANG YANG MEMELUK AGAMA ISLAM



Seksyen 182. Melaporkan orang yang memeluk Agama Islam.

(1) Mana-mana orang yang mengislamkan seseorang hendaklah dengan serta-merta melaporkan perihal itu kepada Qadi dengan memberi segala butir-butir kenyataan yang bersabit dengannya.

(2) Hendaklah Qadi mengeluarkan kepada mana-mana orang yang telah memeluk Agama Islam suatu Surat Akuan Masuk Islam dalam borang yang ditetapkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.