ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN III - YANG DIPERTUA, SETIAUSAHA DAN PERJALANAN MAJLIS
Kuasa-Kuasa dan Fungsi-fungsi Yang Dipertua ke atas Perjalanan Majlis, dsb.



Seksyen 22. Tindakan dalam hal tergempar.

(1) Dalam apa-apa hal tergempar, Yang Dipertua boleh, dengan kelulusan Menteri, melakukan atau mengarahkan supaya dilakukan bagi pihak Majlis apa-apa tindakan atau perkara yang boleh dilakukan dengan sah melalui ketetapan Majlis.

(2) Jika apa-apa tindakan atau perkara dilakukan menurut subseksyen (1), suatu mesyuarat Majlis hendaklah diadakan dalam masa seminggu selepas itu bagi maksud meratifikasikan dan mengesahkan tindakan atau perkara yang dilakukan itu, dan jika Majlis enggan meratifikasi dan mengesahkan tindakan atau perkara yang dilakukan itu, Yang di-Pertua Negeri boleh memberi apa-apa arahan berkenaan dengannya sebagaimana yang difikirkannya patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.