ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXI
Darihal Jaminan



Seksyen 189. Penjamin boleh memohon supaya dilepaskan jaminan.

(1) Semua atau mana-mana penjamin untuk kehadiran seseorang yang telah dilepaskan atas jaminan boleh pada bila-bila masa membuat permohonan kepada Hakim supaya membatalkan bon itu keseluruhannya atau setakat yang melibatkan orang yang membuat permohonan itu.

(2) Apabila permohonan itu dibuat, Hakim hendaklah mengeluarkan waran tangkap mengarahkan supaya orang yang dilepaskan itu dibawa ke hadapannya.

(3) Apabila orang itu dibawa mengikut waran itu atau dia menyerah diri, Hakim hendaklah mengarahkan supaya bon itu dibatalkan sama ada keseluruhannya atau setakat yang melibatkan orang yang membuat permohonan itu, dan meminta orang itu supaya mencari penjamin lain yang mencukupi dan dia gagal berbuat demikian mengarahkan supaya dia ditahan dalam penjara.

(4) Seorang penjamin boleh pada bila-bila masa menangkap orang yang dia menjaminkan kehadirannya dan dengan serta-merta membawanya ke hadapannya seorang Hakim dan Hakim itu hendaklah membatalkan bon penjamin itu dan meminta orang itu mencari penjamin lain yang mencukupi dan jika orang itu gagal Mahkamah boleh mengarahkan supaya dia ditahan dalam penjara.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.