ENAKMEN 4 TAHUN 2005
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (NEGERI MELAKA) 2005


JADUAL KEDUA
[Subseksyen 3(3)]

BORANG WASIAT BERTULIS

(Dengan nama Allah, Yang Amat Pemurah, Amat Mengasihani)

Segala puji bagi ALLAH, Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad (s.a.w.).

Ini adalah wasiat terakhir saya, .........................................................................................
(nyatakan nama)
No. Kad Pengenalan ..........................................................................................................

yang beralamat ...................................................................................................................
(nyatakan alamat)


dengan disaksikan oleh saksi-saksi yang bertandatangan di bawah dan yang menyaksikan bahawa saya berada dalam keadaan sihat dan waras fikiran yang membolehkan saya memahami bentuk wasiat dan akibat yang berbangkit daripadanya, serta menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah; tidak ada sekutu bagiNya dan Nabi Muhammad (s.a.w.) adalah hambaNya dan RasulNya dan bahawasanya Syurga dan Neraka itu benar dan bahawa Hari Kiamat akan tiba tidak ragu-ragu lagi dan Allah akan membangkitkan semua ahli kubur.

Saya mewasiatkan kepada anak, keluarga dan kaum kerabat saya supaya bertaqwa kepada Allah Azzawajalla dan mentaatiNya serta berdiri teguh atas syariat dan agamaNya dan mati dalam Agama Islam, begitu juga saya mewasiatkan bahawa apabila ajal yang ditetapkan Allah ke atas makhlukNya tiba, mereka hendaklah berhati-hati dengan harta peninggalan saya; iaitu dimulai dengan membelanjakan untuk menyempurnakan jenazah saya sehingga selamat dikebumikan, kemudian dibayar segala hutang saya yang tertanggung ke atas saya dan yang diakui di hadapan saksi-saksi saya, iaitu,
dibayar kepada*...............................................................................................................
(nyatakan nama atau nama-nama)

sejumlah .............................................................................................................................
(sebut jumlah)

dan dikeluarkan sehingga satu pertiga daripada harta saya untuk diberikan kepada
*..........................................................................................................................................
(nyatakan urutan nama waris)

kemudian bakinya dibahagikan kepada waris-warisnya. Mereka ialah
*......................................................................................................................................
(nyatakan nama-nama)

mengikut sebagaimana ditetapkan oleh syariat Allah Ta'ala dan saya berpesan supaya mereka menjaga anak-anak saya yang masih kecil; mereka ialah;
*................................................................................................................................
(nyatakan nama atau nama-nama)

serta mentadbir bahagian mereka masing-masing sehingga baligh dan matang pemikiran;
(nyatakan nama atau nama-nama wasi)
dan saya melantik .....................................................................................................

sebagai wasi atau wasi-wasi dan saya mempercayai agamanya, amanahnya, adilnya dan berpuas hati kepadanya dan terserahlah kepadanya apa yang difikirkan patut untuk kebaikan mereka dan diterima oleh wasi atau wasi-wasi semua yang tersebut mengikut Hukum Syarak di hadapan saksi-saksi serta diturunkan tandatangan dan dilafazkan.


+
TM
"
TM
TM
Ditandatangani
oleh pewasiat di atas di
hadapan kami, yang di atas
permintaannya dan di
hadapannya kami
menurunkan nama-nama
kami sebagai saksi-saksi
..........................................................
(Tandatangan Pewasiat
dan/atau cap jari)

....................................................
Nama Saksi Pertama
.......................................................
(Tandatangan dan/
atau cap jari)

...................................................
Nama Saksi Kedua
.......................................................
(Tandatangan dan/
atau cap jari)
______________________________________________
* Potong mana yang tidak berkenaan

Diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada 30 Mac 2005.
[PUN(M)353/46/75]

MOHD ZIN BIN MANSOR,
Setiausaha,
Dewan Undangan Negeri,
Melaka




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.