ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN VII - KESALAHAN



Seksyen 108. Enggan memberi maklumat taksiran zakat dan fitrah.

Seseorang yang dikehendaki memberi penyata atau taksiran pendapatannya berhubung dengan zakat atau fitrah dalam tempoh yang ditentukan, dengan sengaja enggan atau cuba mengelakkan diri daripada berbuat demikian, atau memberi penyata atau taksiran yang palsu, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.