ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN II - KESAN DARIPADA KETAKPATUHAN



Seksyen 5. Permohonan untuk mengenepikan luar aturan.

(1) Suatu permohonan untuk mengenepikan luar aturan apa-apa prosiding, apa-apa langkah yang telah diambil dalam mana-mana prosiding atau apa-apa dokumen, penghakiman atau perintah di dalamnya tidak boleh dibenarkan kecuali ianya telah dibuat di dalam masa yang munasabah dan sebelum pihak yang memohon itu telah mengambil apa-apa langkah baru setelah kesedaran timbul dari luar aturan itu.

(2) Suatu permohonan di bawah seksyen ini mestilah dibuat oleh suatu notis dan alasan bantahan mestilah disebut di dalam notis itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.