ORDINAN 4 TAHUN 1991
ORDINAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENDAKWAAN DAN PERWAKILAN



Seksyen 23. Peguam Syarie.

(1) Ketua Hakim Syarie bolehlah, apabila di bayar fee yang ditetapkan, menerima orang-orang yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Hukum Syarak menjadi Peguam Syarie untuk mewakili pihak-pihak dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana Mahkamah Syariah.

(2) Ketua Hakim Syarie boleh membuat kaedah-kaedah-


(3) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada seorang pun selain daripada seorang Peguam Syarie berhak hadir dalam mana-mana Mahkamah Syariah bagi pihak mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di hadapannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.