ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGlAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 14. Memeriksa orang yang ditangkap.

(1) Apabila mana-mana orang ditangkap-
maka Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis yang membuat penangkapan itu, boleh memeriksa orang itu dan menyita semua benda yang dijumpai padanya selain daripada pakaian perlu yang dipakainya, dan meletakkan benda-benda itu dalam jagaan selamat, dan mana-mana benda yang dia ada sebab untuk mempercayai adalah alat-alat yang digunakan untuk melakukan kesalahan itu bolehlah ditahan hingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan.

(2) Senarai semua benda yang disita hendaklah disediakan oleh pegawai yang membuat penangkapan itu dan hendaklah ditandatangani olehnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.