ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 1 - PERMULAAN



Seksyen 4. Anggapan

(1) Bilamana diperuntukkan oleh Enakmen ini bahawa Mahkamah boleh menganggap sesuatu fakta sebagai wujud, Mahkamah boleh sama ada menyifatkan fakta itu sebagai terbuktii melainkan jika dan sehingga terbukti sebaliknya, atau boleh meminta buktinya.

(2) Bilamana diperuntukkan oleh Enakmen ini bahawa Mahkamah hendaklah menganggap apa-apa fakta sebagai wujud, Mahkamah hendaklah menyifatkan fakta itu sebagai terbukti melainkan jika dan sehingga terbukti sebaliknya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.