ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGlAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 13. Tidak boleh dikenakan sekatan tak perlu dan cara memeriksa seseorang.

(1) Orang yang ditangkap tidak boleh dikenakan sekatan melebihi yang perlu untuk menahannya daripada melarikan diri.

(2) Jika perlu menyebabkan mana-mana orang itu diperiksa, pemeriksaan itu hendaklah dibuat oleh seorang yang sama jantinanya dengan memberikan perhatian teliti kepada kesopanan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.