ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXI
Darihal Jaminan



Seksyen 183. Bila seseorang dilepaskan atas jaminan.

Apabila seseorang selain daripada orang yang dituduh melakukan kesalahan hudud atau qisas telah ditangkap atau ditahan waran oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis atau hadir sendiri atau dibawa ke hadapan Mahkamah dan dia bersedia pada masa dia ditahan itu atau pada mana-mana peringkat prosiding memberi jaminan, maka orang itu hendaklah dilepaskan atas jaminan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis yang menjaga balai atau oleh Pegawai Polis yang tidak kurang daripada Koperal atau oleh Mahkamah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.