ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VI - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 3 - PENYEMAKAN



Seksyen 172. Perintah penyemakan.

Apabila sesuatu kes telah disemak di bawah Bab ini, Mahkamah yang membuat penyemakan itu hendaklah memperakukan keputusan atau perintahnya kepada Mahkamah di mana dapatan, hukuman atau perintah yang disemak itu telah direkodkan atau dijatuhkan dengan menyatakan di mana dapatan, hukuman atau perintah itu telah diubah, alasan-alasan pengubahan itu; dan Mahkamah yang kepadanya keputusan atau perintah itu telah diperakukan hendaklah kemudiannya membuat perintah bagi menepati keputusan yang telah diperakui itu dan, jika perIu, rekodnya hendaklah dipinda menurut yang berkenaan dengannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.