ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN IV - ORANG-ORANG YANG BOLEH DIKENAKAN ZAKAT



Seksyen 22. Tanggungjawab vikarius dan pengenaan zakat.

(1) Tertakluk kepada Bahagian ini, subseksyen-subseksyen yang berikutan hendaklah terpakai jika mengikut atau di bawah mana-mana daripada seksyen yang berikut dalam Bahagian ini, seseorang (dalam seksyen ini disebut "wakil") -

mana-mana orang yang boleh ditaksirkan itu disebut "prinsipal" dalam seksyen ini.

(2) Wakil boleh menghendaki mana-mana orang (termasuk prinsipal, setakat mana dia dapat mematuhi permintaan itu) yang ada menerima atau mengawal apa-apa pendapatan atau aset kepunyaan prinsipal, dan mana-mana orang yang olehnya apa-apa pendapatan atau aset dibayar atau kena dibayar kepada prinsipal, supaya memberi kepada wakil itu butir-butir penuh mengenai pendapatan dan apa-apa perbelanjaan yang berkaitan dengannya.

(3) Jika wakil boleh ditaksirkan dan dikenakan zakat bagi pihak prinsipal, maka wakil itu bolehlah ditaksirkan dan dikenakan zakat mengikut cara yang sama dan sebanyak amaun yang sama sepertimana prinsipal tetap akan ditaksirkan dan dikenakan zakat.

(4) Wakil hendaklah bertanggungjawab atas segala tindakan dan perkara yang dikehendaki oleh atau menurut Enakmen ini supaya dilakukan olehnya sebagai wakil atau oleh prinsipal bagi maksud-maksud Enakmen ini, dan khususnya berkenaan dengan pembayaran apa-apa zakat yang terhutang olehnya sebagai wakil atau oleh prinsipal itu dan, jika mungkir bayar, mana-mana zakat atau hutang itu (berserta dengan apa-apa penalti yang dia selaku wakil atau prinsipal adalah atau akan bertanggungan terhadap kemungkiran itu) bolehlah didapatkan kembali daripada wakil sama ada sebagai sedemikian atau seolah-olah dia ialah prinsipal, mengikut mana yang berkenaan:

Dengan syarat bahawa wakil itu tidaklah dikehendaki membayar apa-apa penalti lain yang ditanggung oleh prinsipal dengan apa-apa cara lain selain dari wang yang didapati.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.