ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN XVII - PERBICARAAN
Seksyen 118. Nota keterangan.
Mahkamah hendaklah mencatatkan keterangan yang diberi dan, sekadar yang difikirkan patut, penghujahan undang-undang yang dibuat, termasuk mana-mana bantahan kepada keterangan, dan boleh mencatatkan pandangannya terhadap tingkah laku saksi dan perkara-perkara lain yang matan. Mahkamah kecuali jika ia memberi penghakiman bertulis hendaklah juga membuat nota penghakiman atau perintahnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.