ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN XXXIII - PERUNTUKAN AM



Seksyen 240. Memberi jaminan.

(1) Jaminan hendaklah diberi dengan mendepositkan wang atau melalui bon. Jumlah hendaklah ditetapkan oleh Mahkamah atau Pendaftar. Perbelanjaan mengenai jaminan hendaklah ditanggung oleh orang yang memberi jaminan itu. Satu akui janji bertulis oleh seorang Peguam Syarie boleh diterima sebagai ganti jaminan lain.

(2) Apabila jaminan itu diberi dengan mendepositkan wang, wang itu tidak boleh dibayar keluar tanpa perintah Mahkamah.

(3) Apabila jaminan itu diberi melalui bon dua orang penjamin adalah diperlukan kecuali Mahkamah memerintah sebaliknya, dan pihak yang satu lagi itu hendaklah diberi peluang untuk membantah akan dua orang penjamin itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.