ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN.
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI
Seksyen 96. Bila soalan-soalan memimpin tidak boleh ditanya.
(1)
Soalan-soalan memimpin tidaklah boleh sekali-sekali sekiranya dibantah oleh pihak lawan, ditanya di dalam sesuatu pemeriksaan utama atau di dalam sesuatu pemeriksaan semula, kecuali dengan mendapat kebenaran Mahkamah.
(2)
Mahkamah hendaklah membenarkan soalan-soalan memimpin berkenaan dengan perkara-perkara permulaan atau yang tidak dipertikaikan atau yang telah pada pendapatnya dibuktikan dengan secukupnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.