ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 1. Tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuatkuasa.

(1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993.

(2) Enakmen ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam
Warta.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi berkuatkuasanya bahagian-bahagian yang berlainan dalam Enakmen ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.