ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Pihak Berkuasa Dalam Hal Ehwal Agama.



Seksyen 24. Penurunan kuasa dan tugas-tugas.

(1) Majlis boleh dengan ketetapan, dan tertakluk kepada keadaan tertentu dan sekatan sebagaimana Majlis fikirkan patut, menurunkan kuasa kepada Pengerusi atau Setiausaha atau kepada mana-mana Jawatankuasa Majlis mengenai perlaksanaan perjalanan mana-mana kuasanya.

(2) Perlaksanaan tugas dan perjalanan kuasa mengikut penurunan kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Majlis.

(3) Pengerusi, Setiausaha atau Jawatankuasa hendaklah memberitahu Majlis semua perbuatan dan perkara yang dibuat olehnya atau oleh Jawatankuasa itu mengikut penurunan kuasa di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.