ENAKMEN 20 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI JOHOR) 2003
BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN
BAB 2 - PENYAMPAIAN DI LUAR BIDANG KUASA
Seksyen 52. Bila dibenarkan.
(1) Mahkamah boleh memerintahkan penyampaian saman atau permohonan di luar bidang kuasa jika -
(a)
keseluruhan hal perkara tindakan itu berhubungan dengan harta tak alih yang terletak dalam Negeri Johor;
(b)
apa-apa relief diminta terhadap mana-mana orang yang berdomisil atau biasanya bermastautin atau menjalankan perniagaan di Negeri Johor;
(c)
tindakan itu dibawa dengan sepatutnya terhadap seseorang yang kepadanya penyampaian dibuat dengan sempurna di Negeri Johor, seseorang di luar Negeri Johor ialah suatu pihak yang perlu atau patut dalam tindakan itu; atau
(d)
dalam apa-apa hal yang berbangkit daripada perkahwinan, kemastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan itu pada masa permohonan itu ialah di Negeri Johor.
(2) Tertakluk kepada seksyen 54, apa-apa perintah yang memberikan kebenaran untuk melaksanakan penyampaian di luar bidang kuasa hendaklah mengarahkan cara penyampaian itu hendaklah dilaksanakan dan bagaimana penyampaian itu boleh dibuktikan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.