ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH



Seksyen 7. Fakta yang menjadi punca, sebab atau natijah bagi fakta persoalan.

Fakta yang menjadi punca, sebab atau natijah, sama ada serta-merta atau sebaliknya, mengenai fakta-fakta relevan atau fakta-fakta persoalan, atau yang menjadikan keadaan dalam mana ia berlaku, atau yang memberi peluang untuk ia berlaku atau diuruskan, adalah qarinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.