ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XXXIII - PERUNTUKAN AM



Seksyen 238. Perakuan Pakar.

(1) Di dalam mana-mana prosiding Mahkamah boleh, jika ia fikirkan patut, menerima keterangan dan bertindak atas perakuan mana-mana ulamma' muktabar, akauntan, aktuari, arkitek, ahli sains, ahli kimia, jurutera, pegawai perubatan, juruukur atau lain-lain pakar, dan boleh menerima sebagai keterangan apa-apa fatwa, akaun, analisa, pelan rajah atau dokumen berkaitan dan dikenalpasti oleh perakuan itu. Apabila menerima keterangan Mahkamah hendaklah memaklumkan kepada pihak-pihak mengenai haknya menyoal-balas di bawah subseksyen 2.

(2) Mana-mana pihak yang suci hati yang ingin menyoal balas apa-apa perkara sedemikian hendaklah diberi peluang untuk memeriksa-balas sedemikian tetapi selepas daripada itu boleh diarah untuk membayar apa-apa perbelanjaan yang berkaitan dengan pemeriksaanbalas itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.