ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 1 - BIDANGKUASA MAHKAMAH DALAM PERBICARAAN



Seksyen 69. Tempat perbicaraan jika perbuatan menjadi suatu kesalahan oleh sebab berkaitan dengan kesalahan itu.

Apabila suatu perbuatan menjadi suatu kesalahan oleh sebab ia berkaitan dengan apa-apa perbuatan yang lain yang juga menjadi atau yang akan menjadi suatu kesalahan jika orang yang melakukannya berupaya untuk melakukan suatu kesalahan, tuduhan atas kesalahan yang pertama disebutkan itu boleh dibicarakan oleh Mahkamah yang di dalam kawasan bidangkuasa tempatannya yang mana salah satu daripada perbuatan itu telah dilakukan.

Misalan-Suatu pertuduhan subahat boleh dibicarakan sama ada oleh Mahkamah yang di dalam had kawasan bidangkuasa tempatannya subahat itu telah dilakukan atau oleh Mahkamah yang di dalam had kawasan bidangkuasa tempatannya kesalahan yang disubahati itu telah dilakukan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.