ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN IV - PERKARA-PERKARA KEWANGAN
Zakat dan Fitrah



Seksyen 159. Tanggungan membayar fitrah.

(1) Fitrah hendaklah dibayar oleh sekelian penduduk yang beragama Islam di dalam Negeri ini, melainkan mereka yang dikecualikan daripada membayarnya oleh Hukum Syara', dan kadar pembayaran bagi setiap orang ialah satu gantang Baghdad beras atau lain-lain makanan asas yang ditetapkan oleh Majlis dari semasa ke semasa mengikut Hukum Syara' atau dengan wang tunai sebanyak sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Yang Dipertua dengan kelulusan Duli Yang Maha Mulia Sultan.

(2) Satu gantang Baghdad adalah bersamaan dengan tiga kati dua belas tahil atau yang bersamaan dengannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.