ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XXXIV - PERUNTUKAN AM



Seksyen 273. Hukum Syarak.

(1) Apa-apa peruntukan atau tafsiran peruntukan-peruntukan di dalam Enakmen ini yang berlawanan dengan kehendak-kehendak Hukum Syarak adalah tidak sah setakat mana ianya berlawanan.

(2) Mengenai apa-apa perkara yang tidak ada, atau tidak diperuntukan dengan nyata di dalam Enakmen ini, Mahkamah hendaklah mengikut Hukum Syarak.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.