ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH

BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN
BAB 1 - PENYAMPAIAN DALAM BIDANG KUASA



Seksyen 46. Tempat dan masa penyampaian.

(1) Penyampaian boleh dilaksanakan di mana-mana tempat, pada mana-mana hari dan pada bila-bila masa pada waktu siang atau malam.

(2) Penyampaian selepas pukul 4.00 petang hendaklah biasanya disifatkan sebagai telah dilaksanakan pada hari berikutnya.

(3) Penyampaian yang dilaksanakan selepas pukul 12.00 tengah hari pada hari sebelum, atau pada bila-bila masa pada, hari kelepasan mingguan atau pada bila-bila masa pada mana-mana hari kelepasan am, hendaklah disifatkan sebagai telah dilaksanakan pada hari yang mengikuti hari kelepasan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.