ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN V - HADHANAH ATAU PENJAGAAN KANAK-KANAK



Seksyen 94. Kuasa Mahkamah untuk menghalang anak bagi dibawa keluar dari Malaysia.

(1) Mahkamah boleh, atas permohonan bapa atau ibu seseorang anak jika-
mengeluarkan suatu tegahan menahan pihak yang satu lagi itu daripada membawa anak itu keluar dari Malaysia atau Mahkamah boleh membenarkan anak itu dibawa keluar dari Malaysia sama ada tanpa syarat atau tertakluk kepada apa-apa syarat pengakuan yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(2) Mahkamah boleh, atas permohonan seseorang yang mempunyai kepentingan, mengeluarkan suatu tegahan menahan seseorang, selain daripada orang yang mempunyai jagaan atas seseorang kanak-kanak, daripada membawa kanak-kanak itu keluar dari Malaysia.

(3) Kemungkiran mematuhi sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan terhadap Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.