ORDINAN 47 TAHUN 2001
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH, 2001
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Am
Seksyen 11. Bila fakta menjadi qarinah.
Fakta boleh menjadi
qarinah-
(a)
jika ia tak konsisten dengan fakta persoalan atau fakta relevan;
(b)
jika dengan sendirinya atau berkaitan dengan fakta lain, ia menjadikan kewujudan atau ketakwujudan mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan amat barangkali atau amat tak barangkali.
MISALAN
(a)
Soalnya ialah sama ada
A
melakukan sesuatu jenayah di Kuala Lumpur pada suatu hari tertentu.
Fakta bahawa pada hari itu
A
berada di Ipoh ialah
qarinah.
Fakta bahawa hampir dengan masa berlakunya jenayah itu,
A
berada jauh dari tempat di mana jenayah itu dilakukan, yang menjadikannya amat tak barangkali, walaupun tak mustahil, bahawa dia telah melakukan jenayah itu ialah
qarinah.
(b)
Soalnya ialah sama ada
A
telah melakukan suatu jenayah.
Hal keadaannya sebegitu rupa sehingga menunjukkan bahawa jenayah itu pasti telah dilakukan sama ada oleh
A, B,
C atau
D.
Tiap-tiap fakta yang menunjukkan bahawa jenayah itu tak mungkin telah dilakukan oleh seseorang lain dan bahawa dia tidak dilakukan sama ada oleh
B,
C, atau
D
ialah
qarinah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.