ORDINAN 6 TAHUN 1991
ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH

BAHAGIAN II - KESALAHAN



Seksyen 36. Mempermainkan Ayat Al-Quran atau Hadis.

Seseorang yang mempermainkan, mencela, mengejek dengan perkataan atau perbuatan menghina akan Ayat Al-Quran atau Hadis Nabi atau perkataan yang berkaitan dengan Agama Islam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.