ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGlAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Kaedah-kaedah lain mengenai Saman supaya Hadir dan Waran Tangkap



Seksyen 38. Saman supaya hadir dan waran tangkap boleh dilaksanakan di mana-mana bahagian Malaysia.

(1) Semua saman supaya hadir dan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah boleh disampaikan atau dilaksanakan, mengikut mana-mana yang berkenaan, di mana-mana bahagian Malaysia:

Dengan syarat bahawa tiada saman atau waran sedemikian boleh disampaikan atau dilaksanakan di luar had tempatan bidang kuasa Mahkamah yang mengeluarkannya melainkan jika saman atau waran itu diendors oleh Mahkamah itu untuk penyampaian atau pelaksanaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, di luar bidang kuasa.

(2) Tiada saman atau waran sedemikian boleh diendors oleh Mahkamah yang mengeluarkannya untuk penyampaian atau pelaksanaan di luar bidang kuasa melainkan jika Mahkamah itu berpuas hati bahawa ada alasan-alasan khas bagi membenarkan penyampaian atau pelaksanaan sedemikian, dan alasan-alasan itu hendaklah direkodkan sebelum saman atau waran itu diendors sedemikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.