ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XVII - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 153. Penghantaran rekod ke Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Apabila perayu telah memenuhi peruntukan seksyen 149 dan 151, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dengan segera menghantar kepada Mahkamah Rayuan Syariah dalam empat salinan rekod prosiding kes itu, berserta dengan empat salinan notis dan petisyen rayuan.

(2) Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah juga menyampaikan kepada penentang atau Peguam Syarienya satu salinan rekod prosiding kes tersebut berserta dengan satu salinan notis dan petisyen rayuan.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.