ENAKMEN 6 TAHUN 2001
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
AM
Seksyen 16. Bila kewujudan perjalanan urusan menjadi qarinah.
Apabila terdapat soal sama ada sesuatu perbuatan tertentu telah dilakukan, kewujudan apa-apa perjalanan urusan, yang menurut kelazimannya perbuatan itu pasti telah dilakukan, ialah
qarinah.
MISALAN
(a)
Soalnya ialah sama ada suatu surat tertentu telah dihantar.
Fakta bahawa adalah menjadi perjalanan biasa urusan bagi segala surat yang diletakkan di suatu tempat tertentu dibawa ke pejabat pos, dan bahawa surat tertentu itu telah diletakkan di tempat itu, ialah
qarinah.
(b)
Soalnya ialah sama ada suatu surat tertentu telah sampai kepada
A
.
Fakta bahawa ia telah diposkan mengikut amalan biasa dan telah tidak dikembalikan melalui Pejabat Surat Tak Sampai ialah
qarinah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.