ENAKMEN 10 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH
BAHAGIAN XIII - PENYELESAIAN, PENARIKAN BALIK DAN PEMBERHENTIAN
Seksyen 97. Penggantungan.
Jika plaintif telah menarik balik mana-mana prosiding di bawah seksyen
95
dan dia bertanggungan membayar apa-apa kos mana-mana pihak lain dalam tindakan itu, maka jika sebelum kos itu dibayar dia kemudiannya membawa suatu tindakan bagi kausa tindakan yang sama, atau bagi kausa tindakan yang pada matannya adalah sama, Mahkamah boleh memerintahkan supaya prosiding dalam tindakan itu digantung sehingga kos itu dibayar.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.